our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 7, 2010

Jalan2 at Sungkai Perak wif aisyah & hykal

seminggu sebelum aku bertolak ke johor untuk lab exam,aku n hubby balik ke Teluk Intan.erm.....dan kami membawa Ecah!!! terbayang kat otak kami...syok toll kalo dapat bawak budak nie jenjalan....
Kami bertolak bila jam hampir menunjukkan kul 12 tengahmalam...itulah hasben ku....suka travel waktu tengah malam walaupon dia tau,aku akan tido & dia akan memandu tanpa teman...
x samapi 10 minit perjalanan,baby yang kami bawak pon tdo...adusss....xsyok toll kalo budak nie tdo.aku nak usik saper????
Kami tiba di rumah ibu mertua aku bila jam menghampiri angka 2 pagi....sunyinyer.....dan yang pastinya mak & opah tergezut dengan kepulangan kami....erm...nie mesti kerja asben aku nie....xpenahnya bgtau mak & opah kalo kami balik....& depa bertambah tergezut sbb kami bawak ecah.
Seronok bila aku lihat hykal memeluk ecah & ecah pon nampaknya merindui abangnya nie....sian kat budak2 nie.....nak buat camner....parents problem....harap2nya 'bahagian' aku nanti akan lebih baik dari ini.InsyaAllah....
erm.....usai aku membuat susu untuk ecah...(aku dah ngantuk sebenanya)...kitaorang pun bawak la ecah masuk kelambu....tetibe...HWAAAA!!!!ecah menjerit,menangis....ALAMAK!!!!!camner nie....asben aku yg dah terlelap pon,terus terjaga.....aik..nape nie Baby.??Selalunya ok jek....aduss.......rupe2nya..baby nie x nak dok dalam kelambu & masih belum mau tdo...alahai......
dengan separuh badan aku didalam kelambu & separuhnya lagi diluar kelambu,aku memerhati ecah bermain....aduiii...ngantuknyer......dan dia.....seronok ketawa...alahai.....asbenku???hm....lena sungguh dengan menekup telinga dengan bantal (xmo diganggu la tue).Hampir jam 4.30 pagi barulah aku berjaya menidurkan baby & aku pon tdo....zzzZZzzzz
hari esoknya aku,asbenku,ibu mertua, opah & 2 orang budak2 nie bertolak menuju ke Sungkai Hot Springs untuk bermandi manda..Syok toll budak 2 orang nie dapat mandi 'air gunung'.aku??lebih berminat dengan hot springs....untuk menyegarkan badan aku yg kelesuan....seboleh2nya aku cuba mengelak daripada 'budak kecik' nie tdo dalam kete..namun aku kerapkali gagal sbb budak kecik nie pantang naik kete....TERUS TDO!!!alahai.....masak lg la aku malam nie....


spt yg aku jangka...baby kecik nie akan tdo awal & akan bangun ditengah2 malam....alahai....dikala rumah dah sunyi sepi (semua orang kepenatan bermandi-manda), baby nie bole plak tergelak2 bermain sorang2....alahai......
hampir 4 pagi barulah aku berjaya menidurkan dirinya & aku pon tdo...alahaiiiiiiiii baby...................
Kami bertolak pulang keesokkan harinya & hampir keseluruhan perjalanan dihabiskan dengan tdo.....itulah baby.....Aisyah!!!!

1 week @ JOHOR

1 May 2010.. early in the morning....hehehehe..xder la early sangat...
Jam 11 pagi kami menaiki Proton Gen 2 menuju ke selatan tanahair...tujuan??balik kampung + exam lab kat skudai...Sebenarnya perancangan asal menyatakan kami nak bertolak diawal pagi namun..mata kami sungguh liat untuk dibuka sementelahan pula..aku kene kemas rumah & basuh baju sblm bertolak pulang.....Setelah berkali2 mak & abah bertanyakan lokasi kami..akhirnya hampir jam 3 petang kami tiba dikampung dengan selamat...Alhamdulillah....
Tujuan utama balik nie saja2 jer nak merehatkan diri......also nak menyetelkan surat nikah kami yang dah tertangguh proses pengambilannya....
Aktiviti kat kampung.....sume aktiviti normal melainkan aktiviti membakar otak2 (jarang2 kami buat aktiviti nie..)
Aktiviti jalan2 kat BP mall, Summit & also Parit Raja.....
Cuti yang menyeronokkan sbb suma ahli keluarga aku dapat berkumpul dan mengenali dengan rapat salah seorang ahli baru famili kami....saper???asbenku la...NOOR NIKMAN SYAIFUL

3 May 2010
Early in morning , aku & asbenku telah berangkat menuju ke Skudai untuk aktiviti utama kami iaitu menjalani exam lab selama seminggu....

Genap setahun setelah Exam lab 2009, tahun ini kembali dengan Exam Lab 2010. Jangkamasa ini juga bermakna dah setahun arwah nenek pergi...Alfatihah...
Tahun ini, geng kami telah kekurangan seorang ahli & telah digantikan dengan ahli baru yang diimport jauh dari Penang iaitu Noor Eastmali....wah...sebenanyer dia nie ex-classmate asben aku & merupakan senior kitaorang sume kat space nie....cume bezanya dia menjalani kelas kat Penang, kami kat KL.
Geng kali nie agak meriah sikit sbb kami suma ada point yang paling hebat dalam mengusik....Ewok telah mendapat cuti pelepasan dari jabatan bomba ( dia tengah training sebenanyer) selama seminggu untuk exam ini...
Point yang paling menyeronokkan adalah..kami langsung x dapat mengecam dia buat pertama kali setelah lama x jumpa sbb dia dah totally different....nampak lebih NERD & GELAP....hahahahaha.....



OPsss....lupe laks nak crite....Kat skudai nie...aku & asben aku menginap di rumah tumpangan manakala membe2 lain menginap di rumah tamu di dalam kawasan UTM. Rumah tumpangan kami berharga RM40 semalaman manakala rumah tamu berharga RM 100 semalaman. sebenanyer asben aku swh dok kat hostel jek...lebih murah...tapi aku kan DEGIL...hehehehe..terpaksa lah asben aku kuar duit lebih sikit....



Makmal berlangsung setiap hari daripada kul 8.30pagi hingga 1.00 ptg & disambung kul 2.00 petang hingga kul 6.30 petang. Seisi malam pula dari jam 8.00 malam hingga jam 11 malam....
aduhh..sungguh pax jadual kami untuk kali ini...

Belajar dari pengalaman yang lepas...kali ini kami kurang terkejar2 untuk menyiapkan laporan kerana kami dah buat pembahagian tugas seawal lab bermula...maknanya....laporan ditulis semasa ujikaji dijalankan..hahahahahaha
Namun apa yang mendatangkan masalah adalah...aktiviti KUIZ & soalan teori ujikaji...adoiyai......sungguh berpinar-pinar kepala hotak den....dah lah 2 daripada subjek lab kali ini, kelas teorinya kami Drop (mesin elektrik & EMT). Redah jer la..........

Exam berakhir pada hari khamis, 6 May 2010 ( bermakna aku telah check out dari rumah tumpangan pada jam 12 tengahari )...
Kami ber-4 (aku, hubby, Ewok & Baihaqi) bersetuju untuk pulang ke KL malam nie gaks dan dijangka untuk tiba di KL di kala subuh....(sebenanya kesian kat ewok.dia nak jumpe family dia sblm bertolak pulang ke terengganu ujung mgu nie..)
Kami tiba di Freescale (untuk hantar Bai) jam 5.00pagi & tiba di Klang untuk menghantar Ewok jam 6.30 pagi....
Aktiviti seterusnya......aktiviti TIDO sepanjang hari..(kesian kat hubby....drive sepanjang malam..)

Hopefully kali nie kami dapat gred yang lebih tinggi berbanding markah lab semester lepas...

To all group members.....Thanks for all your cooperation.....Hope we can stay together for next year's exam Lab

InsyaAllah........

Jalan2 @ GEnting & BUKIT TINGGI

Entry lama...baru nie aku sempat untuk bercerita.....sorry sesangat utk blogger2 sekelian...
macam biasa....every year (mcm dah acara tahunan la plak..)kami akn buat aktiviti jalan2 carik pasal kat GENTING HIGHLAND.Apa yg menarik kat cni???sebenanyer sumenya yg ada kat cni...biasa jek....tp mungkin disebabkan tahun nie ada agenda tambahan,maka aku pon berkobar-kobar la nak menjoinkan diri......
Tahun nie bilangan peserta sudah semakin berkurangan but tis time yg pegi sumenya berpasang-pasangan.....Aku ngan hubby (kire mini hunymoon - beramai ramai la plak),hana & pjoy (pre-honeymoon),ika & bob (misi suaikenal nie kot....mengeratkan silaturahim)& ika + Gary (pasangan sekampung-teman tapi mesra). aku & hubby bergerak ke Genting menaiki Gen-2 dan meet point dengan pasangan yg lain adalah kat pintu masuk genting highland.
acara dimulakan dengan aktiviti breakfast. menu??? mcm biasa, top chef kami (Gary) dah siap masak untuk santapaan kami.menu adalah sandwich sardin manakala aku membawa karipap goreng yang didatangkan khas dari dapur rumah aku.....rasaya?mestilah sdp sbb aku hanya menggorengnya...(aku beli karipap segera...hahahahah)
selesai acara breakfast,kami terus membeli tiket untuk meng ENTER ke theme park...wah...ramainya orang.........(kunun-kunun baca peta-lokasi-dalam ulat gonggok -GENTING THEME PARK)

(pose ala ala manja.....tapi kenapa hubby tutup muke)
bile tiba masa utk balik,tetiber terperasan satu pentas istimewa kat pintu masuk ARENA OF STAR-GENTING HIGHLAND....owh....tetiba teringat mlm nie berlangsungnya anugerah bintang popular...so kami dengan bangganya mengambil gamba kat cni...feeling feeling bintang popular gaks....hahahahahaha
setelah penat seharian menjelajah taman tema,aku pon beransur-ansur turun...oppp..agenda x abes lg la.....perjalanan diteruskan ke COLMAR TROPILACE kat bukit tinggi.apa ada kat sana?tahlah..aku sndiri pon xpasti..mklumlah xpenah g sana....tapi yg aku tau,pemandangan kat sana,cantik sesangat.......singgah sebentar di hentian untuk membeli bekalan makanan sblm meneruskan perjalanan.perjalanan dr genting highlands ke bukit tinggi x jauh sangat..tapi disebabkan cuaca dah gelap & COLMAR nie terletak jauh ke dalam,maka perjalanan amatlah sangat perlahan.....akhirnya ketibaan kami disambut dengan pemandangan yg cukup cantikk..wallahhhhselesai urusan pendaftaran,kami menuju ke bilik yg kami sewa.2 bilik utk 8 pasangan.hahahah..of cos CIK akan tido dibilik manakala ENCIK2 akan tidur di ruang tamu....sunguuuuuh ADIL & SAKSAMA. bilik kami nie mempunyai sebuah bilik yang bersambung dengan bilik air,ruang tamu & dapur.juga terdapat balkoni......kat bawah nie pemandanngan balkoni sewaktu kami sampai..yg kat sebelah aku tu namanya IKA..gebusss x aku..hahahahahaha....chubby!!!!
tidur malam sungguh selesa disini..maklumlah bilik yg kami huni nie berharga RM 400++ semalam....huishhh mahal tolll...

siannya aku tertutup oleh paper yg dibaca oleh hubby..time nie pjoy sedang set-up kamera.....saje enterframe


setelah check -out,kami bertolak pulang..tapi sempat singgah di RABBIT PARK.sempat la gaks pose ala ala manja kat situ....actually kat bukit tinggi nie ada macam2 tapi kami xsempat nak meronda.....insyaAllah len kali la......



gamba-gamba syok sndiri aku n hubby...enjoyyyyy