our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

New Camera

11 april 2011
Marilah menikmati cantiknya kamera terbaru aku...Hasil penat lelah menyimpan....

Pasnie bole la snap pic banyak2....iskhh..xsaba nak upload kat cni....tapi skang nie nak kene siapkan dlu entry-entry tertunda....iskhh..banyaknyer.....xsaba nak upload gamba2 baru.....SABAR cik lala

HaliJaH FamilY Day @ Tiram, JoHor

5 & 6 February 2011Entry dimulakan dengan gamba loving couple yang mana pasangannya itu hanya kelihatan bahagian bawah mukanya sahaja....hikhikhik....


Cerita dimulakan dengan perjalanan kami dari KL ke Batu Pahat. Ketibaan kami disambut oleh family yang sedang bertungkus lumus menaikkan barang-barang rumah dek air bah sudah mula meninggi...OPss.. terlupe laks,family aku dah 3-4 hari berpindah ke pusat pemindahan banjir .... sebenanyer xder la dalam mana pon air yang naik tu,tapi sbb arahan dr pihak berkuasa & bila memikirkan keselamatan keluarga,mak & abah bersetuju untuk berpindah....tapi yg kelakarnya x sampai 15 keluarga pon yg dipindahkan..hihihi...


Berbalik kepada cerita Family day...erm...kami bertolak dr Parit Raja pada hari sabtu dengan menaiki 2 biji kereta..semua ahli keluarga aku ada...bestnyer..dah lama x berkumpulll...Bonet kereta dipenuhi dengan macam2 barang...ada tikar, bantal, selimut, toto,khemah & pelbagai hadiah (mak & abah bertindak sebagai AJK hadiah- dan kebanyakkan hadiah adalah bakul kain, bakul pinggan dan yang sewaktu dengannya...)
Setibanya kami kat sana,xder seorang pon keluarga yang dah tiba (kecuali tuan rumah la..)so...kami pon dengan baik hatinya,menyediakan khemah2 untuk penginapan kami malam itu dan menyusun hadiah-hadiah istimewa kami dibawah khemah yang disediakan.
aktiviti hari ni?? penyediaan menu mkn malam & aktiviti gotong royong membersihkan ayam & daging utk kegunaan hari esok.aktiviti sampingan merupakan seisi karaoke 'menyumbangkan' lagu..... malamnya kami sume tertidur kepenatan....
Pagi menjelma...selesai membersihkan diri, aktiviti sarapan bermula sambil menanti ketibaan ahli2 yang lain....
penat gaks la menanti...macam biasa,janji melayu,janjinya pagi2 tapi ada gaks yg datang ketika matahari dah condong...ntahlah,susah gaks nk buat aktiviti camnie dengan keadaan x cukup orang....xper la....mak & abah pon malas nak menanti dengan lebih lama...(sebenanya yg lambat datang nie,sumenya bukan dok jauh pon...dok area-area tiram nie gaks...ampess tolll)
ops...terlupe laks,bagi mengelakkan kami sume x mengenali antara satu sama lain,mak & abah dah buat name tag utk sume yg hadir dengan menggunakan kod warna...mcm biasa..kod BIRU untuk family FADZLI (kaler fevret aku nie..)
antara aktiviti-aktivi yang kami lakukan..malas nak cite panjang2.enjoy the pic.


berposing dengan tag aku


berposing depan khemah

meja urusetia bersama hadiah2

Abah terlebih excited
mak besama birasnya..

keluarga kami...
pabila dua keluarga bertemu





antara acara yang dipertandingkan
peraduan teka kacang....
bawak bola pingpong dalam sudu- kanak2 lelaki
bawak bola pingpong dalam sudu - kanak2 pompuan

sepak bola - my mum!!!
sepak bola -my sis
sepak bola - aku la....x gol pon..sbb apa?gawangnya kecik sangat..(terlupe plak nk snap pic tiang gol)
tiup belon- huh! beria btol ajk permainan tu bagi penerangan (abah la tu)
tiup belon -seisi percubaan - ibu-ibu mengajar anak2 meniup belon.




boling kelapa
botol berisi air sebagai pin

Antara aksi- aksi family aku




isi air dalam botol - guna sudu - garisan permulaan
isi air dlm botol dengan sudu - awal2 di garisan penamat
huh! semasa berlangsung,,dh x ikut rules dahhh

aQil pon join skali...
gaya seorang pengadil

seisi mengukur...oleh para juri
dadu gergasi



seisi penyampaian hadiah- aku tooloong jekkk.hihihi
antara lokasi untuk berteduh..panas sangat..


pemenang cilik Afif _ ayah dia yg tolong tiup belon
sukenya along saya dapat hadiah
dapat hadiah lagi??alahai..penuh balik la bonet kete..
atuk & nenek bersama 8 orang anak nenek
beratur panjang utk seisi bersalaman - pic nie kurang  1/4 drpd keseluruhan ahli
pink (kak long,aku,mak &adik) blue (aQil)
aku &adik bersama name tag memasing
we love u mum!!!!
nie la dia nenek kami...HALIJAH


Selesai sudah aktiviti di kampung....tiba masa untuk meneruskan perjalanan smule ke Parit Raja...Singgah sebentar di R&R untuk makan eskrem..enjoy the picc

dia nie mesti takut owg mintak eskrem dia..tu yg menjeling tu


Hm...memandangkan family  aku kini stay kat pusat pemindahan,maka kami pon terus menuju ke pusat pemindahan. What a big surprise, my family dipindahkan ke sekolah yg menyimpan 1001 memori aku...hihihi Skola aku yg tersayang SKPP. Banyak btol perubahan yang dapat aku lihat..namun kelas terakhir aku diskola nie masih lagi terletak elok...6 Kenanga.....wah....banyak tol kenangannya...                                          Sebelum balik ke KL,kami sempat singgah di rumah untuk meninjau2 keadaan rumah & main air...tgk jer la gelagat aQil tu..ok la...malas mau cite panjang..enjoy the pic.

aQil mian air banjir

nie dlu libray,skang dh jadik stor