our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 2, 2017

Susu Kambing Lazz

Assalamualaikum......
Akhirnya.. siap gak entry nih......nie la akibat  Internet hampess kat umah...

Hari nie aku nak cerita satu lagi makanan tambahan yang aku ambik sejak seminggu yang lepas.
Susu Kambing???? hahaha... xpernah dalam sejarah, aku consume minum susu kaler putih.. nie la pestime..lagi-lagi susu kambing...

Memula dengar susu kambing, yuckss!!!! mesti bau kambing kan... kihkihkih,.,, 1st impression. .. camtu la....

kenapa aku amik keputusan utk minum susu kambing??

1) Susu kambing sangat bagus untuk ikhtiar mudah hamil --& memberi kesuburan
2) Amalan masyarakat arab & sangat mujarab
3) Secara saintifiknya susu kambing diperkaya dengan kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh
3) Kandungan Asid Folik penting untuk menuatkan rahim. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kamdungan drpd kecacatan dalam sistem sarafnya.

Kenapa aku pilih Susu Kambing Lazz??


Sebab Susu Kambing Lazz adalah susu kambing organik, sedap dan berkhasiat tanpa mengandungi bahan kimia yang diragui
Organik kat sini bermaksud 100% berbentuk Semulajadi dan alami bukan berbentuk Sintetik Ciptaan makmal. Kualiti penghasilan berteknologi tinggi dan dikawal rapi dari ladang ternakan sehingga ke pembungkusan susu. Susu nie dijamin enak, tidak hanyir malah tidak berbau langsung semasa dibancuh. Oleh kerana teksturnya lebih kurang sama dengan susu ibu, bayi mudah keliru walaupun tidak ditambah sebarang bentuk gula.

Lazz susu kambing merupakan produk keluaran muslim & mendapat pengiktirafan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia terjamin selamat, bersih dan sihat.

Memandangkan waktu aku siap taip entry nie susu kambing aku dh nk abes, aku bercadang nak try susu kambing lain laks.... nnti lah... aku google brand lain pulak...

Adios....

Wednesday, February 8, 2017

Asid Folik

Assalamualaikum....

Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Kat bawah nie, pendapat Dr Hamid berkaitan Asid Folik


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang selamat.

Bahaya la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

CARA MAKAN FOLIK ASID

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Now, kita sambung part subur pula ok.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Kenapa aku makan asid folik?
Tah..sbb org suruh aku makan utk persediaan mengandung.... kihkihkih...


Sunday, February 5, 2017

Bersiaran & Beristiqamah

Assalamualaikum....
Lama sangat tak bersiaran..Sampai dah terlupa password blog sendiri. Bersawang sangat rasenya....

InshAllah aku terus akan beristiqamah untuk menulis kat sini untuk rekod peribadi aku sendiri.
atau mungkin juga sebagai sejarah diri aku untuk dibaca oleh anak-anak aku.. (inshaAllah..doakan la aku yer)

Hari nie aku terdetik nak bersiaran sbb nak berkongsi betapa sedih & terujanya aku....

Sedih sbb sampai sekarang kami masih berdua (jangan kira budak2 bulus kat rumah tu)

Teruja sbb bulan nie la bulan keramat utk kami.. tarikh untuk jumpa doktor untuk IVF pertama kami... InshaAllah pertama & mungkin xnak buat lagi... Biarlah segalanya natural... kan...

Okeh.. nanti sambung lagi...

Adios... Assalamualikum....

Thursday, January 3, 2013

New Year Stori....

Hoyeh......
Tahun baru muncul semula..... Bermakna bertambahlah setahun lagi umur aku dah bertambahlah setahun lagi usia pernikahan kami...Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah...Semoga kami akan terus berada dalam limpahan rahmatMu yaAllah....

New year  bermula dengan adegan CUTI CUTI SENDIRI...hikss....mcm x mencabar kan?
Tahun baru hanya dihabiskan dengan dok melepak dan bersantai-santai  kat umah. Apa projek? menyiapkan  jahitan langsir yg dh beberapa minggu terbengkalai & aktiviti memanaskan televisyen kat umah.... hahahahaha.... InsyaAllah akan buat entri spesial untuk langsirku itu nanti... 

Mungkin akibat terlalu seronok melepak dan bersantai-santai kat umah akhirnya aku didatangi semula dengan penyakit lama yg dh lama xdtg menjenguk... MIGRAIN...arghh...sungguh stress ngan sakit kepala camnih....satu mende pon xmuleh nak buat.....tdo sajer la jawabnyer...



Sakit kepala berlarutan hingga ke second day of new year...bermakna aku MC untuk hari bekerja pertama pada tahun baru..hahahaha..rekod paling beshh....lgipon dh lama x amik MC kan..petanda doktor kegemaran dh lama rindukan aku....hahahahaha...

3rd day or new year masih lagi dilanda taufan migrain... sungguh xbesh kan??? what the !!??XX ... dapat pakej baru....migrain + gastrik.....ntah kat mana silapnya kali nie bole gastrik la plak....

sungguh xseronok sakit + keje yang banyak + miting yg aku malas nak join...tapi nk buat camner kan..semuanya still kene disetelkan jugak untuk hari nie...

Moral of the stori : bersantai-santai juga boleh mendatangkan penyakit pada aku....so, aktifkan fizikal & minda untuk menghindari penyakit..

Monday, December 31, 2012

Yang Tertinggal...


2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam jer lagi....sungguh xtersangka... pejam celik, pejam celik dah abes tahun 2012. Tahun baru pula bakal menyusul untuk menggantikannya.

Banyak peristiwa yang tercoret sepanjang tahun 2012 yang xsempat aku catatkan disini dek kesibukkan yang agak melampau...InsyaAllah, jika ada kelapangan, aku akan sertakan disini juga walaupon agak terlambat..tapi kali ni aku cuba ringkaskan segala peristiwa yang aku ingat....mana-mana yang teringgal akan dihapdet kemudian.

2012 dimulakan dengan percutian keluarga meredah pantai barat semenanjung Malaysia.

Agenda seterusnya juga adalah percutian keluarga di cameron highlands.

Kami berdua sempat mencuri masa dengan bercuti di A-Farmosa Resort selama sehari.Ini adalah sempena hadiah kejayaan aku menyelimkan diri sendiri....Usaha yang berbaloi & Alhamdulillah beberapa sakit-sakit kecil dah berjaya aku atasi. Aku berjaya mencapai impian aku 54kg. Namun dek kerana stress bekerja, aku kembali kepada 58kg... iskhh..tahun depan kena usaha balik nihh...



2012 -kami juga agak sibuk dengan exam, final projek, presentation & kesibukkan nielah menjadikan kami kurang bersantai-santai untuk tahun nie...Tahun nielah banyak masa, tenaga & wang ringgit dihabiskan demi segulung ijazah yang kami impikan.Alhamdulillah kami berjaya....


peluh yang menitik kami keringkan dengan percutian ke Sabah berdua sempena hari jadi aku & anniversary kami ke 3 tahun.

tahun 2012 diakhiri dengan peristiwa sedih dimana sepupu aku telah kembali ke Rahmatullah kerana lemas.
Alfatihah untuk beliau & takziah untuk family pakcik aku.

Arwah diapit oleh kakak & abangnya

2013 bakal menjelma dengan 1001 azam & tekad yang baru. InsyaAllah akan kami gapai ...doakan kejayaan kami.. AMIN....

Friday, December 28, 2012

We are back!!!

Wah.....
lamanya tak bersiaran......Almost a year!!!Kesibukkan yang amat telah menyerang kehidupan kami berdua...
Rupenya xmudah tugas sebagai student part time di semester terakhir nie.....

Bersawang suda...Nak kene buat house cleaning nihhh....

nak kene pinjam tools dr bebudak kecik nihh untuk buat cleaning...

InsyaAllah....Kami akan mula menghapdet semula jurnal kehidupan gelak & tawa kami untuk tatapan anak-anak dan keluarga kami (InsyaAllah....doakan rezeki kami murah untuk tahun ini..)... Moga  kesihatan & kebahagiaan kami berterusan..InsyaAllah....

Monday, March 19, 2012

lamanya tak bersiaran...


Kesibukan melanda.... cukup lama xbersiaran... jeling-jeling entry terakhir adalah tentang Sepetang Berhujan Di Shah Alam yang dipublish on December tapi berlaku dibulan Oktober....
Isyy....lamanya xder berita terkini.... Sebenanyer bukan xder berita terkini cuma kebizian yg melanda cukup membataskan aku untuk mengupload  xtvt xtvt yang berlaku... Tambahan pula, aku kalo membuat entry xsah xder gamba...so....aku akan cuba mengupload sedikit demi sedikit entry-entry yang tertunda...doakan la aku supaya tabah meng upload ya.... Ameen....