our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 14, 2017

Aktiviti Hujung minggu

Hi readers (ada ke???)
Assalamualaikum...
dah 10 ari blog sunyi sepi...
BZ btoi lately nie... ada je halangan nak menghapdet blog nih....
These few days, xde la cerita menarik sangat....
Kerja....kerja....kerja....

setelah sehari terperap kat umah, Sunday morning tu tetibe decide nak p stadium shah alam... tekak teringin makan kacang phool JB. aritu masa balik kampung, ada gaks cakap ngan incek asben, tp cam biasa la... dia malas nak layan... kali nie dia terpaksa gak layan...

Shdappp... meleleh ayo liur... sekeping roti cam xcukup... tapi CHOPP!! kali nie makan, utk bagi rasa tekak, bukan nak melantak..so, sekeping roti dah memadai...
Harga? 1 set = RM 6. mahai kan??? tapi rasa...YUMMEH!!!!

Lepas makan, pusing pusing jap.. tetibe nak cari pisang.. buat cekodok pon sedap nih....
tp, sume pisang xberkenan.. tetibe terbekenan kat menda nie...

Yey!!! dapat akhirnya... Susu kambing stoberi...

pusing..pusing... dan pusing....tetibe dah rasa penat.. (2 line je pusingnya pon).. ase malas laks....
Jom balik!!!!


Setel makan tengahari, otak dah berpikir nak makan apa petang nie.. adehla...camnie la kalo cuti, asyik cita pasai makan aje...
Tetibe teringat last week nk makan bubur som som... 
Geledah kabinet, selongkar sana... selongkar sini.. jumpe la apa yg dihajatkan...

 Nie resepi original dari mak...

1 cawan tepung beras +  2 cawan santan yg xberapa nak pekat ( santan kotak tu..campur air la sket)
+ sedikit garam.

Gaul bagi rata (jgn ada yg bergentel) --> nak senang, masuk dalam blender jek...

pastu, tapis dalam periuk & masak guna api kecik.

Sentiasa kacau utk elak bergentel.

Tepung cukup masak kalau dah ada letup2 kecik.

Masukkan dalam bekas & biarkan sejuk...

Untuk kuah?
masak gula melaka ngan air. 
Sukatan? tah,,main campak2 jek...

Cara nak makan?
P tengok gamba kat bawah nun....
Nak lebih sedap, sejukkan air gula melaka dalam peti ais... YUmmehh!!!

TARAA!!! Dah siap... Jom makan!!!!



Sekian carita makanan untuk minggu nie....
nak lebey feeling view gamba gamba comey, meh follow IG Chajielaa_Fadzli

bye!!

Friday, March 3, 2017

tarikh itu 21 Februari 2017

Kenapa dengan tarikh tu ????

Kalau ikut perkiraan aku, pada tarikh 27 Februari aku akan start period utk bulan Februari..tapi... tetibe piyed aku awal seminggu....
Aku piyed pada tarikh tu... 21 Februari... Maka, kalau ikut kira-kira doktor, hari esoknya (day 2) aku kena melaporkan diri ke HKL utk start IVF prosedur.... tapi, tetibe aku rase tercepat sangat la plak...  mcm banyak bende xsetel lagi kan..aku pon xmintak cuti lg ngan bos, apa plak bos kata nnti.......so, aku mcm perlu tangguhkan dulu until next cycle.

Eh, lupa pulak nk cerita hasil berjumpa dengan incek doktor aritu.....
kih kihkih... xde la doktor sebenanya, misi je kot.... tp...mcm2 penerangan dia bagi kat kitaorg....

How the procedure, apa yang perlu, apa yg xperlu, berapa bajet, .. macam2 lagi la....

Camne ngan kos?
Ha... kat bawah nie aku dh letak gamba dari IG aku.. kire nk pomot IG sndiri la nie... polo my IG..hahahaha.....

Total kos, inshaAllah RM3900.. InshaAllah masih dalam bajet kami.....atau lebih tepat lg, bajet aku....

So,
minggu lepas aku dh bgtaw bos date utk mungkin aku start cuti... so inshaAllah aku dah ready...
tunggu je update kat sini nnti yer....

Good Nite

Thursday, March 2, 2017

Susu Kambing Lazz

Assalamualaikum......
Akhirnya.. siap gak entry nih......nie la akibat  Internet hampess kat umah...

Hari nie aku nak cerita satu lagi makanan tambahan yang aku ambik sejak seminggu yang lepas.
Susu Kambing???? hahaha... xpernah dalam sejarah, aku consume minum susu kaler putih.. nie la pestime..lagi-lagi susu kambing...

Memula dengar susu kambing, yuckss!!!! mesti bau kambing kan... kihkihkih,.,, 1st impression. .. camtu la....

kenapa aku amik keputusan utk minum susu kambing??

1) Susu kambing sangat bagus untuk ikhtiar mudah hamil --& memberi kesuburan
2) Amalan masyarakat arab & sangat mujarab
3) Secara saintifiknya susu kambing diperkaya dengan kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh
3) Kandungan Asid Folik penting untuk menuatkan rahim. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kamdungan drpd kecacatan dalam sistem sarafnya.

Kenapa aku pilih Susu Kambing Lazz??


Sebab Susu Kambing Lazz adalah susu kambing organik, sedap dan berkhasiat tanpa mengandungi bahan kimia yang diragui
Organik kat sini bermaksud 100% berbentuk Semulajadi dan alami bukan berbentuk Sintetik Ciptaan makmal. Kualiti penghasilan berteknologi tinggi dan dikawal rapi dari ladang ternakan sehingga ke pembungkusan susu. Susu nie dijamin enak, tidak hanyir malah tidak berbau langsung semasa dibancuh. Oleh kerana teksturnya lebih kurang sama dengan susu ibu, bayi mudah keliru walaupun tidak ditambah sebarang bentuk gula.

Lazz susu kambing merupakan produk keluaran muslim & mendapat pengiktirafan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia terjamin selamat, bersih dan sihat.

Memandangkan waktu aku siap taip entry nie susu kambing aku dh nk abes, aku bercadang nak try susu kambing lain laks.... nnti lah... aku google brand lain pulak...

Adios....

Wednesday, February 8, 2017

Asid Folik

Assalamualaikum....

Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Kat bawah nie, pendapat Dr Hamid berkaitan Asid Folik


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang selamat.

Bahaya la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

CARA MAKAN FOLIK ASID

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Now, kita sambung part subur pula ok.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Kenapa aku makan asid folik?
Tah..sbb org suruh aku makan utk persediaan mengandung.... kihkihkih...


Sunday, February 5, 2017

Bersiaran & Beristiqamah

Assalamualaikum....
Lama sangat tak bersiaran..Sampai dah terlupa password blog sendiri. Bersawang sangat rasenya....

InshAllah aku terus akan beristiqamah untuk menulis kat sini untuk rekod peribadi aku sendiri.
atau mungkin juga sebagai sejarah diri aku untuk dibaca oleh anak-anak aku.. (inshaAllah..doakan la aku yer)

Hari nie aku terdetik nak bersiaran sbb nak berkongsi betapa sedih & terujanya aku....

Sedih sbb sampai sekarang kami masih berdua (jangan kira budak2 bulus kat rumah tu)

Teruja sbb bulan nie la bulan keramat utk kami.. tarikh untuk jumpa doktor untuk IVF pertama kami... InshaAllah pertama & mungkin xnak buat lagi... Biarlah segalanya natural... kan...

Okeh.. nanti sambung lagi...

Adios... Assalamualikum....

Thursday, January 3, 2013

New Year Stori....

Hoyeh......
Tahun baru muncul semula..... Bermakna bertambahlah setahun lagi umur aku dah bertambahlah setahun lagi usia pernikahan kami...Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah...Semoga kami akan terus berada dalam limpahan rahmatMu yaAllah....

New year  bermula dengan adegan CUTI CUTI SENDIRI...hikss....mcm x mencabar kan?
Tahun baru hanya dihabiskan dengan dok melepak dan bersantai-santai  kat umah. Apa projek? menyiapkan  jahitan langsir yg dh beberapa minggu terbengkalai & aktiviti memanaskan televisyen kat umah.... hahahahaha.... InsyaAllah akan buat entri spesial untuk langsirku itu nanti... 

Mungkin akibat terlalu seronok melepak dan bersantai-santai kat umah akhirnya aku didatangi semula dengan penyakit lama yg dh lama xdtg menjenguk... MIGRAIN...arghh...sungguh stress ngan sakit kepala camnih....satu mende pon xmuleh nak buat.....tdo sajer la jawabnyer...



Sakit kepala berlarutan hingga ke second day of new year...bermakna aku MC untuk hari bekerja pertama pada tahun baru..hahahaha..rekod paling beshh....lgipon dh lama x amik MC kan..petanda doktor kegemaran dh lama rindukan aku....hahahahaha...

3rd day or new year masih lagi dilanda taufan migrain... sungguh xbesh kan??? what the !!??XX ... dapat pakej baru....migrain + gastrik.....ntah kat mana silapnya kali nie bole gastrik la plak....

sungguh xseronok sakit + keje yang banyak + miting yg aku malas nak join...tapi nk buat camner kan..semuanya still kene disetelkan jugak untuk hari nie...

Moral of the stori : bersantai-santai juga boleh mendatangkan penyakit pada aku....so, aktifkan fizikal & minda untuk menghindari penyakit..

Monday, December 31, 2012

Yang Tertinggal...


2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam jer lagi....sungguh xtersangka... pejam celik, pejam celik dah abes tahun 2012. Tahun baru pula bakal menyusul untuk menggantikannya.

Banyak peristiwa yang tercoret sepanjang tahun 2012 yang xsempat aku catatkan disini dek kesibukkan yang agak melampau...InsyaAllah, jika ada kelapangan, aku akan sertakan disini juga walaupon agak terlambat..tapi kali ni aku cuba ringkaskan segala peristiwa yang aku ingat....mana-mana yang teringgal akan dihapdet kemudian.

2012 dimulakan dengan percutian keluarga meredah pantai barat semenanjung Malaysia.

Agenda seterusnya juga adalah percutian keluarga di cameron highlands.

Kami berdua sempat mencuri masa dengan bercuti di A-Farmosa Resort selama sehari.Ini adalah sempena hadiah kejayaan aku menyelimkan diri sendiri....Usaha yang berbaloi & Alhamdulillah beberapa sakit-sakit kecil dah berjaya aku atasi. Aku berjaya mencapai impian aku 54kg. Namun dek kerana stress bekerja, aku kembali kepada 58kg... iskhh..tahun depan kena usaha balik nihh...



2012 -kami juga agak sibuk dengan exam, final projek, presentation & kesibukkan nielah menjadikan kami kurang bersantai-santai untuk tahun nie...Tahun nielah banyak masa, tenaga & wang ringgit dihabiskan demi segulung ijazah yang kami impikan.Alhamdulillah kami berjaya....


peluh yang menitik kami keringkan dengan percutian ke Sabah berdua sempena hari jadi aku & anniversary kami ke 3 tahun.

tahun 2012 diakhiri dengan peristiwa sedih dimana sepupu aku telah kembali ke Rahmatullah kerana lemas.
Alfatihah untuk beliau & takziah untuk family pakcik aku.

Arwah diapit oleh kakak & abangnya

2013 bakal menjelma dengan 1001 azam & tekad yang baru. InsyaAllah akan kami gapai ...doakan kejayaan kami.. AMIN....