Aku sah jadik tunangan kepada Noor Nikman Syaiful bin Zailan.erm..sukar nak diungkapkan dengan kata-kata..sumenya bercampur baur....adehhh..paisey la...kene solek tebal-tebal,kena pakai kebaya,kene kontol cun,kena maintain anggun...adoii..payahnyer...nasib baik x lama...kalo kene sehari suntuk mcm nie,mencatat rekod peribadi camnih..paling lama berkeadaan 'sopan".hahahahaha.
Anyway.....syukur Alhamdulillah akhirnya Allah telah membukakan hati 'dia' untuk melangkah setapak lagi memajukan perhubungan kami kearah kehidupan berkeluarga.Perasaan aku??TERUJA...x sabar nak berumah tangga. (hehehe..gataiii!!).Sayang aku kat dia semakin bertambah-tambah walaupon aku x pasti aper sebenanyer perasaan dier terhadap aku.Biarlah kalau itu menjadi rahsia hati dier...walauapa pon..aku YAKIN,kami saling menyayangi.
Rombongan pihak lelaki tiba kat rumah ayahnda aku tepat jam 3.30 petang,setelah sejam setengah kitaorang menanti (cair mekap akuuuu).Rombongan pihak lelaki membawa 13 dulang hantaran dan dibalas 15 dulang dari pihak aku.Bertemakan hijau,pihak lelaki membawa pelbagai barangan dan manisan antaranya minyak wangi (Givency),sepasang kasut (VIOR),beg tangan (CARLO RINO),tepak sirih,buah-buahan,kek,2 bentuk cincin (POH KONG ..of course ),kain pasang dan pelbagai manisan dan kuih-kuih tradisional.Berkonsepkan kotak kayu + hijau lumut + putih,aku berjaya menyudahkan semua barangan hantaran asas nie sebelum semuanya bermula...
Balasan dari pihak aku yang bertemakan white and pink (fevret aku nihh) mengandungi sirih junjung,kek,tuala,buah-buahan, kasut, sepersalinan kemeja & slack ( SEED & RENOMA), wangian POLO,kain pelikat,sejadah,kain ela,kuih-kuih dan manisan.Sume barang-barang telah aku susun dalam bekas yag meyerupai kerang kaler putih,troli kecik,balang kaca dan kerawang besi..pergh..siksa nak buat sume nie,nak cat,nak sembur kaler putih,nak maintain cun,nak gubah lagi,nak ikat reben dsb..Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan sume nie kul 3 pagi sebelum majlis bermula...ngantuk toll..

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan (oleh wakil pihak aku..), seisi tanya-menanya,perbincangan dan kata sepakat pon dicapai......maka,ayahnda aku pon swh la aku kuar dri bilik aku untuk seisi sarung cincin.anyway..aku memilih untuk mengadakan seisi sarung cincin luar dari kebiasaan masyarakat negeri Johor.kalo biasanya seisi sarung cincin ini dilakukan didalam bilik pihak perempuan,kali ini aku nak sarung cincin kat depan semua orang.Oleh sebab itulah aku dah sepakat ngan makcik aku untuk membina satu pelamin mini kat ruang tamu rumah aku...hm..meriah..mcm org nak kawen laks...Anyway thanks untuk makcik aku yg memerangkap orang kuat majlis dalam membantu aku merealisasikan kejayaan majlis aku nie...
Setelah selesai seisi sarung cincin,fotografi,senyuman,kontrol ayu,akhirnya aku bole lah masuk dalam bilik semule..perghhh penatnyer kontrol sopan!!!majlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu...makan time.Semua tetamu dijamu dengan nasik putih berlaukkan rendang daging,ayam masak merah,sayur goreng,masak lemak labu dan kuih-kuih sebagai pencuci mulut.Setelah perut terisi,akhirnya majlis ditamatkan dengan acara penyerahan balas hantaran dari pihak aku...maka,kerang2 aku pun disusun diruang tengah untuk tatapan tetamu.
Majlis berakhir kira-kira jam 5.30 petang.Alhamdulillah semuanya berjalan dan berakhir dengan mudah.Terima kasih buat family yang sentiasa membantu dan semua ahli keluarga yang sanggup menyinsing lengan menghulurkan bantuan...Also thanks to besfren aku yang sanggup datang dari jauh (KL jerrr) untuk meraikan majlis kecik aku nie.....Thanks Aimi
Harapan aku semoga ikatan ini berakhir dengan PERKAHWINAN yang bahagia.AMIN..
pelamin mini aku
nampak lazat.....yummy
polo-wangi....
kuih-muih...tersembunyi disebalik rimbunan bunga-bunga
sunsweet - prunes....moga kasih sayang kami manis selamanya
No comments:
Post a Comment