our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 2, 2009

LAB EXAM - UTM Skudai

11 Mei - 15 Mei 2009 ----> Kitaorang bebudak SPACE UTM menjalani exam makmal slama sminggu kat UTM skudai Johor.

Bertolak dari PJ kul 11 pagi, 10 Mei 2009..Mcm biasalah.....champion yg terlambat adalah......EWOK....hahaha...always...heh!Macam biasa gaks...Naik Gen 2, kapasiti seramai 4 orang (aku...my love..Ewok..Bai )..mcm biasa..aku jadik MEM beso la kat depan.hahaha.



OTW g JB,kitaorang singgah jap umah family aku kat Parit Raja (iyelah..setelah argue ngan 'dia' banyak kali....isyyyy asyik tukar plan jer......myampah toll).Sempat la aku g menjenguk nenek aku yang tengah sakit..mak kata,nenek demam panas...cian kat nenek..masa aku g tengok nenek,dia pon dah macam x larat jer,bergerak pon gunakan kerusi roda jer..... sempat aku cium pipi dia....panas....harap2 nenek sembuh...sian kat nenek
Perjalanan diteruskan....tiba kat Skudai JB almost 4.30 ptg..letih x terkata sbb suhu persekitaran panas sangat...(dalam panas2 tu pon, Bai ngan Ewok banyak kali gaks la terlelap).
Bermula epoisod mencari bilik untuk disewa...part aku,dah setel dah (walaupon aku x puas hati...dapat bilik kat tingkat lima...xder lif..adoiiiii)but it suits la ngan harga dia. RM10 per day..means aku kene baya RM50 untuk stay kat situ till the end of our exam.
erm..dalam kalut2 tu....they all dah book 2 rooms utk stay mlm nie kat outside of campus.dan memandangkan pon diorang x dpt bilik utk stay mlm tu,kitaorang sepakat utk tdo kat saner..(aku special...bilik sndiri...hahaha & depa berkongsi 7 orang sebilik,2 katil.heh!!macam sardin)
Hari2 kat UTM dihabiskan dengan mengahdiri makmal yg memenatkan.adoihhh......bosan..
Hari kedua aku kat UTM,dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.nenek aku meninggal dunia jam 11pg ,12 May 2009.Aku xbole nak meninggalkan lab dengan sewenag-wenangnya,jadi terpaksalah aku tunggu gaks sehingga lab berakhir petang tue.macam2 perasaan ada kat dalam hati aku nie.tapi nk buat macamana..aku terpaksa redha jer la..sedey sgt x dpt jmp nenek buat kali terakhir,but aku rasa lucky gaks sbb tergerak hati nak singgah umah nenek sblm bertoak ke JB kelmarin.Moga2 nenek memahami & aku dari jauh menyedekahkan AlFatihah buat dirinya.Petang sesudahnya lab,aku bergegas balik ke kampung.Aku sempat menghadiri majlis tahlil buat arwah nenek dan kembali semula ke UTM usai selesai majlis.
Makmal berlangsung seperti biasa dan kami semua kembali semula ke PJ pada 15 Mei 2009 sesudah solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment