our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 11, 2010

Persiapan untuk MY Big Day

Aku memulakan cuti seawal 21 November 2009. Semuanya kerana menyetelkan sume urusan2 yang tertangguh untuk MY BIG DAY.Agenda pertama aku sebelum kembali ke hometown adalah memastikan sume kenalan aku dapat kad jemputan diaorang..alhamdulillah rata2 kawan terdekat aku dapat ku sampaikan sendiri kad aku..tapi pada kawan2 yang x dapat kad jemputan aku tu,aku mintak maaf bebanyakk....sesungguhnya aku insan yang lemah...
Selain tu gaks,aku kene make sure all arrangement untuk sepanjang kenduri aku (persiapan dari KL) berjalan dengan sempurna. aku xmo aper2 perkara yang akan mencacatkan majlis aku nanti...Selesai semuanya..aku pon berangkat pulang dengan menaiki kereta kesayangan aku dengan hampir 90% ruang didalamnya dipenuhi dengan barang2 aku...adoiii...rasa macam nak g berniaga kat uptown laks....SEKSA TOLLL.....

Ketibaan aku diperkarangan rumah abah disambut oleh deretan khemah tetamu yang berjumlah 7 kesemuanya...adoiii...banyaknyer....ramai ker tetamu yang datang nie....Harap2nyer suma tetamu2 kami akan berjaya menghadirkan diri.......InsyaAllah....
Hari pertama aku kat kampung dihabiskan dengan packing goodie bag untuk tetamu2. Ada banyak kategori goodie bag yang family aku sediakan...ada yang diletakkan dalam bekas tupperware biru+putih, ada yang diletakkan dalam plastik 'terima kasih' kaler biru dan ada juga yang diletakkan dalam paper bag yang bercampur2 kalernya...namun yang pastinya isi kandungan setiap beg adalah sama. Kerepek,Bunga Telur,Gula2 + Coklat & kek.Untuk tetamu istimewa aku,isi kandungannya tampil berbeza.Aku letakkan sebekas air mineral,gula2 + coklat yang disi dalam little tupperware,telur rebus (dalam bekas seramik) dan yang istimewanya bunga telur yang mengandungi Blue Bear yang sedang memaluk FERRERO ROCHER. Comel sesangat....
Hari2 seterusnya aku penuhi dengan aktivti menyudahkan gubahan hantaran dari aku dan dia...seperti waktu bertunang dahulu,semuanya aku sediakan sendiri..dari bahan2 kasar sehinggalah bahan2 yang sepatutnya diletakkan diatas dulang tersebut. Konsep kali ni simple but nice.All white dari pihak aku & pink from his side. Actually aku nak abiskan bahan such as ribbon,flowers etc.. from 1st used before..ala...mase tunang aritu kan....bijak x aku membajetkan diri..hahahahaha.BIJAK WANG!!!!( gubahan sirih last minute...)
( tat nenas & cupcakes , sumbangan dari kak Misah...thankss)

( mas kahwin - RM 22.50 tunai)(kek yang sama aku beli....malas nak pikir banyak2)

Hari Raya Aidiladha dah tiba...bermakna masa aku berstatus bujang semakin pendek..adoii..takutnyer aku menghadapi saat itu....
Aidiladha kali ini disambut meriah oleh sanak saudara aku.apa tidaknyer,kami mengorbankan seekor LEMBU untuk tujuan itu...Aku x tau kenapa waktu penyembelihan lembu tu aku terasa sangat takut..pucat seluruh wajah aku...last-last aku amik keputusan xmo tengok....arghhh..aku xnak tengok!!!!!!
Petang itu, seluruh ahli keluarga berkumpul demi menjayakan majlis tahlil untuk Arwah atuk,nenek,adik,makcik & muslimin dan muslimat...sebak aku rasa..kenapa?ntahlah...mungkin kerana terkenang arwah nenek & atuk yang x sempat melihat kebahagiaan aku....tetibe teringat lak kenangan mase kecik. nenek selalu membela aku & abang waktu mak & abah memarahi kitaorang....RINDUNYA......

( aidilfitri )

Esoknyer ( Sabtu)...pepagi lagi sume ahli keluarga dah bangun. memasing mempunyai agenda yang telah dipersetujui....hari nie sume orang sibuk...termasuk lah aku....
pepagi lagi aku terpakse memintak permission dari mak,kene kuar gaks jumpe kak misah kat Pt Sulong.Nape??aku nak amik cupcakes ngan tat untuk hantaran aku....
baik kan aku...seb baik la mak aku nie baik hati & memahami....( Biasanya anak2 yang dah hampi2 nak bernikah dilarang untuk keluar rumah..tapi...aku spesial....hehehe)
Alhamdulillah.....
so..hari nie aku adalah antara orang yang paling rehat & paling mementingkan diri...hahahaha...
opss...lupe,aku kene pakai inai...so,aku xble nak buat aper2 la..
Time to REST

No comments:

Post a Comment