our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 22, 2011

All About Raya - Part 2 (Preps)

Wah.....sudah ada part 2... Part kali nie nie cite hari terakhir Ramadhan 2011..Dimana pengalaman pertama aku menyambut Aidilfitri bersama keluarga mertua & berjauhan dari family. Sebenarnya entry kali nie akan banyak bercerita mengenai pengalaman pertama aku membuat LEMANG.Apakah itu lemang? Lemang adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu ( Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia) dan biasanya disediakan sebagai juadah di hari raya..Bahan utama membuat lemang adalah beras pulut & santan.Aduh......malasnya bercerita tanpa gmbar...jap..meh nak upload gamba jap.

Kat Bawah nie bahan yg mesti ada utk membuat lemang
1. Mesti la ada buluh lemang..panjang? ikut sukati korang la....cume yg penting tidak tebal. diulang...tidak tebal
potong buluh guna gergaji yer....

sedia untuk proses selanjutnya

2. daun pisang yg muda - di biarkan semalaman ( utk elakkan ianya rapuh semasa kita menggulungnya)

3. beras pulut - basuh bersih-bersih
4. santan kelapa- mau pati yg pekat sajaa



cara-caranya...
1.campurkan santan kedalam beras pulut. gaul sebati. tambahkan garam secukup rasa....asingkan

2. amik sebatang buluh yang dah dibersihkan...Letakkan seperti gambar dibawah (untuk mengukur panjang daun pisang yang perlu digunakan).


3. potong seperti dibawah......



4. gunakan pelepah daun pisang yang dibelah (spt gambau kat bawah nie) untuk menggulung daun pisang dan dimasukkan kedalam buluh yang telah dibersihkan tadi.....pastikan bahagian dalam tidak bergumpal(untuk mengelakkan drpd beras pulut x sampai ke dasar buluh)

pelepah pisang yang dibelah- abaikan gambar back ground tu....


gulung seperti ini

juga seperti ini
masukkan kedalam buluh

tolak pelan-pelan yer....

5. kemaskan daun pisang sehingga seperti kat bawah.....



6. ulangi sume langkah kat atas untuk semua buluh yang telah dibersihkan.

dah siap untuk 1st phase


7. ambil beras pulut yang telah dicampurkan bersama santan & garam tadi. masukkan sedikit demi sedikit kedalam buluh ( pastikan masuk kedalam daun pisang)- isikan sehingga 3/4 penuh.

guna sudu/senduk pon boley..tapi opah ske guna tangan jek....

8. masukkan santan sehingga hampir penuh buluh...

9. ulangi untuk semua buluh yang telah disediakan tadi...

10. sediakan bara api untuk membakar lemang....

kayu & tempurung kelapa yang dibakar utk menghasilkan bara


hampir menjadi bara..tambahkan lagi bahan bakar...

11. Susun buluh/lemang (jangan dekat sangat dengan api ) - api hendaklah sentiasa dikawal untuk mengelakkan lemang hangus. pusing-pusingkan buluh/lemang untuk menjadikannya masak dengan sama rata.

tunggu la lemang tu masak....

12. Gamba lemang dalam pinggan..lebih enak dimakan dengan rendang daging....yummy.....

menyelerakan...



Selain membuat lemang,aku tolong 'kacau' opah buat bahulu....ha,bahulu kat sini adalah homemade.. x men la pakai oven..kita pakai sabut kelapa.....marilah bersama-sama memedihkan mata....

telur & gula di pukul sampai kembang (guna mixer la)..campurkan tepung sedikit jek...

tempat membakar..api kecik jek/ guna bara lagi baguss

close up acuan ikan opah...

esok hari raya...ESOK HARI RAYE....

No comments:

Post a Comment