our big day....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Yang Tertinggal...


2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam jer lagi....sungguh xtersangka... pejam celik, pejam celik dah abes tahun 2012. Tahun baru pula bakal menyusul untuk menggantikannya.

Banyak peristiwa yang tercoret sepanjang tahun 2012 yang xsempat aku catatkan disini dek kesibukkan yang agak melampau...InsyaAllah, jika ada kelapangan, aku akan sertakan disini juga walaupon agak terlambat..tapi kali ni aku cuba ringkaskan segala peristiwa yang aku ingat....mana-mana yang teringgal akan dihapdet kemudian.

2012 dimulakan dengan percutian keluarga meredah pantai barat semenanjung Malaysia.

Agenda seterusnya juga adalah percutian keluarga di cameron highlands.

Kami berdua sempat mencuri masa dengan bercuti di A-Farmosa Resort selama sehari.Ini adalah sempena hadiah kejayaan aku menyelimkan diri sendiri....Usaha yang berbaloi & Alhamdulillah beberapa sakit-sakit kecil dah berjaya aku atasi. Aku berjaya mencapai impian aku 54kg. Namun dek kerana stress bekerja, aku kembali kepada 58kg... iskhh..tahun depan kena usaha balik nihh...



2012 -kami juga agak sibuk dengan exam, final projek, presentation & kesibukkan nielah menjadikan kami kurang bersantai-santai untuk tahun nie...Tahun nielah banyak masa, tenaga & wang ringgit dihabiskan demi segulung ijazah yang kami impikan.Alhamdulillah kami berjaya....


peluh yang menitik kami keringkan dengan percutian ke Sabah berdua sempena hari jadi aku & anniversary kami ke 3 tahun.

tahun 2012 diakhiri dengan peristiwa sedih dimana sepupu aku telah kembali ke Rahmatullah kerana lemas.
Alfatihah untuk beliau & takziah untuk family pakcik aku.

Arwah diapit oleh kakak & abangnya

2013 bakal menjelma dengan 1001 azam & tekad yang baru. InsyaAllah akan kami gapai ...doakan kejayaan kami.. AMIN....

No comments:

Post a Comment